Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz ketika ditemui di lobi Parlimen, berkata polis berhak untuk menahan sesiapa saja di dalam kawasan Parlimen jika mereka memberi ancaman keselamatan.
Ulasan: Polis berhak menahan sesiapa berdasarkan undang-undang yang yang ada kemudian mendakwa di mahkamah secara adil. Bukan tangkap kerana menunjukkan kuasa. Rakyat lebih suka kalau polis bertindak secara profesional bukan mengikut rentak orang politik yang memerintah.
Pendekatan mesra pelabur asing terus diamalkan: PM
PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan kepada pelabur asing Malaysia akan terus mengamalkan pendekatan mesra perniagaan selagi kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah.
Ulasan: Sepatutnya mesra perniagaan tapi sifar rasuah. Bolehkah ini terjadi pada hal BN/UMNO pun merasuah pengundi?
Dewan Rakyat: Umur bersara anggota SPR 66
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan pindaan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2007 yang melanjutkan umur persaraan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada 65 tahun kepada 66 tahun. Pindaan undang-undang lulus dengan undi lebih dua pertiga daripada 219 anggota.
Ulasan: Umur dah lanjut pun masih sayangkan pemerintah yang tidak sukakan pilihan raya di negara ini menjadi BERSIH dan ADIL?
Haji dan Umrah, Tulang Punggung Perekonomian Saudi
Selama satu milenium lebih, umrah dan haji menjadi sumber pendapatan utama yang menjadi tulang punggung perekonomian Kerajaan Arab Saudi, setelah pendapatan dari sumber-sumber minyaknya. Hal ini diungkap dalam buku "Perekonomian dari Haji dan Umrah" yang ditulis oleh Dr. Ali Hassan Al-Nagur, kepala Komite Transportasi, Kamar Dagang dan Industri (Kadin) Jeddah. Dalam buku itu, Dr. Al-Nagur menulis bahwa pendapatan sektor swasta dari industri haji pada tahun 2004-2005 mencapai 30, 6 milyar riyal Saudi atau sekitar 8, 2 milyar dollar. Dengan perincian, dari haji sebesar 14 milyar riyal dan dari umroh sekitar 16, 6 milyar riyal..(http://www.eramuslim.com, 11/12/07).
Ulasan: Kota Makkah dan Madinah sewajarnya di tadbir oleh Badan Antarabangsa Islam yang berwibawa bukan Saudi Arabia yang jelas menjadi boneka Amerika.
No comments:
Post a Comment