KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah meluluskan penambahan 5,000 pegawai penguat kuasa di Jabatan Imigresen bagi memperkuatkan gerakan penguatkuasaan dan operasi jabatan itu.
Ulasan: Selagi rasuah dan penyelewengan bermaharajalela selagi itulah operasi tidak berkesan. Lebih banyak penguatkuasa dalam semua bidang adalah bagus sekiranya tidak berlaku rasuah dan undang-undang bukan hanya ada tertulis atas kertas setelah di buat oleh wakil-wakil rakyat yang kita pilih tetapi juga di tegakkan. Katakan: Tidak Kepada Rasuah.
RM1.3 bilion beli kelengkapan ATM
LANGKAWI 5 Dis. – Kementerian Pertahanan hari ini memeterai kontrak bernilai RM1.3 bilion bagi membekal dan membeli kelengkapan logistik untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa (LIMA) 2007...(UM, 6/12/07).
Ulasan: Kita harap semuanya tidak melibatkan komisyen kepada orang tertentu seperti yang pernah berlaku seperti dalam pembelian kapal pejuang Sukhoy dan kapal selam dari Perancis. Harapan rakyat, jangan berani menghabiskan wang rakyat tanpa izin.
Pervez pecat 37 hakim
ISLAMABAD 5 Dis. – Kerajaan Pakistan hari ini secara rasmi telah memberhentikan 37 hakim termasuk bekas Ketua Hakim yang enggan mengesahkan perisytiharan darurat Presiden Jeneral Pervez Musharraf.
Hakim-hakim terbabit enggan mengangkat sumpah baru selepas Pervez mengisytiharkan darurat pada 3 November lalu atas alasan sistem kehakiman “mencampuri” urusan kerajaan...(UM, 6/12/07).
Ulasan: Busuk ikan bermula dari dari kepala. Lantas menyusahkan rakyat yang ramai.
Pilihan raya Malaysia bebas
KUALA LUMPUR: Satu kajian oleh dua badan antarabangsa mendapati proses pilihan raya di Malaysia paling bebas dan adil di kalangan negara Asia.
Hasil kaji selidik oleh TNS dan Gallup International mendapati rakyat negara ini bukan saja antara penyokong kuat demokrasi di Asia, malah mempunyai keyakinan paling tinggi bahawa pilihan raya yang dijalankan di Malaysia adalah bebas dan adil.
Di Malaysia, kajian yang dilaksanakan secara bersemuka itu bermula dari 2 Julai hingga 5 Ogos lalu membabitkan 1,250 penduduk bandar di Semenanjung....(BH, 6/12/07).
Ulasan: BN/Umno dan SPR tentunya kembang dengan kajian ini. Apakah 1,250 penduduk bandar yang menjadi sampel yang representatif untuk kesemua rakyat Malaysia yang seramai 10 juta pengundi. Kita perlu bahawa lebih dari 35% rakyat Malaysia tiap2 kali pilihanraya mengundi parti yang lain dari Barisan Nasional.
Kadang-kadang statistik di gunakan untuk menipu rakyat.
Tiada lagi permit perhimpunan
PUTRAJAYA: Polis tidak akan mengeluarkan permit kepada mana-mana pihak yang ingin mengadakan demonstrasi atau perhimpunan jalanan, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar...(BH, 6/12/07).
Ulasan: Polis sepatutnya tahu bahawa Perkara 10 (2) Perlembagaan Persekutuan iaitu rakyat negara ini mempunyai kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman. Sekiranya perhimpunan aman itu dikhuatiri mengganggu ketenteraman dan keselamatan awam maka rakyat selama ini rela MEMBAYAR GAJI UNTUK POLIS untuk melaksanakan tugasnya yang mulia iaitu menjaga ketenteraman dan keselamatan awam.
Dalam meluluskan permit sila bertindak secara profesional bukan mengikuti perasaan ahli politik. Pastikan kehadiran polis samada beruniform atau tidak dari semua cawangan polis di mana-mana perhimpunan aman ialah menjaga ketenteraman dan keselamatan awam BUKAN sebaliknya. Jangan biarkan diri polis kita menjadi ejen provokasi (agent provocateur) yang menyebabkan polis di pandang hina oleh rakyat.
No comments:
Post a Comment