KUALA TERENGGANU: Selain wang tunai lumayan, kegiatan lumba kereta haram di bandar ini didakwa turut menawarkan habuan istimewa, dua pelajar seksi sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sebagai teman tidur.
Kegiatan lumba kereta haram anjuran Geng Proton itu dikatakan menjadikan beberapa laluan utama di bandar ini sebagai litar lumba mereka pada setiap malam minggu...(HMetro, 18/12/07).
Ulasan: Nyata bahawa tanpa agama di mana saja, wanita hanya jadi pemuas nafsu lelaki. Perkara ini berlaku sekarang ini itulah juga yang berlaku dulu apabila manusia mengejar keseronokan dunia tanpa had. Tanyakan diri apakah redha emak, kakak, adik atau anak perempuan kita menjadi korban jalanan sebegitu?
Bersama-sama kita sampaikan kepada kawan-kawan bahawa hidup ini lebih indah dengan mengamalkan agama. Hidup yang sementara ini akan di liputi ketenangan dan kebahagiaan serta hidup di akhirat di dalam syurga Allah.
Hidup bukan untuk bermaksiat.
Kepada: Para pentadbir, profesor dan pensyarah jangan mendapat gaji yang besar tapi perlulah turun ke bawah menasihat dan membina syakhsiah pelajar IPT di mana saja supaya berakhlak. Apakah guna menghasilkan graduan yang sudah rosak akhlak dan maruahnya?
No comments:
Post a Comment