PUTRAJAYA 18 Dis. – Gabungan badan bukan kerajaan yang mengadakan perhimpunan haram 5 November lalu bagi menuntut pilihan raya secara adil hari ini menyerahkan nota bantahan kepada Perdana Menteri, meminta tempoh perkhidmatan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman tidak dilanjutkan. Memorandum itu diserahkan oleh jurucakap gabungan tersebut, Dr. Dzulkifli Ahmad kepada Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Wan Farid Wan Ahmad di Jabatan Perdana Menteri di sini.
Ulasan: Semua rakyat boleh nampak depan mata bagaimana orang tua dalam SPR boleh menjadi kuda tunggangang terbaik untuk menyempurnakan hajat BN/UMNO untuk menang secara TIDAK BERSIH dan TIDAK ADIL dalam Pilihan Raya ke 12 nanti. Pak Lah sila baca artikel terbaru oleh Subki Latif. Ada mata, buka; ada telinga, dengar; ada akal, fikir dan waktu mengundi nanti, pilihlah SELAIN calon BN/UMNO. Kita perlu pilih kerajaan yang prihatin dengan rakyat bukan prihatin hanya dengan kroni-kroninya.
Gugur tuduhan bukan berlembut
PUTRAJAYA 18 Dis. – Keputusan menggugurkan dakwaan cubaan membunuh pegawai polis terhadap 31 penyokong Hindu Rights Action Force (Hindraf) semalam, bukan bermakna kerajaan berlembut terhadap golongan yang cuba menggugat keselamatan dan keamanan negara.
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharom berkata, kerajaan tidak akan bertolak ansur dalam soal menjaga keselamatan dan keamanan negara.
Ulasan: Gugur tuduhan hanya untuk mengambil hati orang India. Awalnya Peguam Negara sudah siap kertas pendakwaannya, dan di tengahnya Pak Lah masuk campur dalam hal mahkamah. Apakah masih ada kebebasan dan keluhuran undang-undang di bawah kerajaan BN/UMNO? Bercakaplah dari hati yang bersih.
Tindakan tegas pelajar IPT sertai demonstrasi
KUALA LUMPUR 18 Dis. – Kementerian Pengajian Tinggi akan bertindak tegas terhadap penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) yang terlibat dengan perhimpunan haram baru-baru ini yang jelas menyalahi Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.
Menterinya, Datuk Mustapa Mohamed berkata, mereka yang didapati bersalah menyertai demonstrasi jalanan itu akan berhadapan dengan tindakan digantung pengajian atau dibuang.
Ulasan: Sertailah perhimpunan aman untuk membaiki negara kita. Pelajar perlu di asuh supaya tidak sekali-kali menyokong kezaliman di mana saja.
No comments:
Post a Comment