CARACAS 3 Dis. – Presiden Venezuela, Hugo Chavez yang berharap untuk menjadi Presiden ‘seumur hidup’ mengalami tamparan hebat apabila pengundi pada pungutan suara semalam menolak pindaan perlembagaan yang akan membolehkan beliau bertanding semula sehingga 2050.
Ulasan: Bagaimana BN yang sudah menjadi pemerintah Malaysia selama 50 tahun? Chavez pun boleh menerima keputusan rakyat dan setakat ini tiada tindakan merasuah undi pengundi di laporkan.
Parti-parti politik datang dan pergi, tetapi rakyat dan negara mesti kekal sebagai juara kerana pemerintah hanyalah khadam kepada rakyat. Bukan yang sebaliknya.
‘Gores dan menang’ diharamkan
PUTRAJAYA 3 Dis. – Kerajaan hari ini mengharamkan serta-merta sebarang bentuk aktiviti ‘gores dan menang’ serta seumpamanya yang berselindung di sebalik perniagaan jualan langsung.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Shafie Apdal berkata, turut diharamkan ialah taktik seumpamanya seperti koyak dan menang, cabutan dan panggilan telefon bertuah, penawaran baucar serta hadiah percuma.
Ulasan: Banyak lagi yang patut di haramkan supaya rakyat tidak terpengaruh dengan kejahatannya. Contohnya pelacuran, disko dan kelab malam yang menjatuhkan maruah perempuan.
Umpama cerita filem Hindustan
RAWANG 3 Dis. – Seolah- olah sebuah cerita filem Hindustan yang penuh dengan pelbagai adegan cemas, Siti Nadzirah Nasir sendiri hampir tidak percaya beliau menjadi sebahagian daripada ‘filem’ tersebut, cuma ceritanya sahaja belum bertajuk.
Ulasan: Begitu juga dengan rasuah di negara ini yang serupa dengan bukan sahaja cerita dari filem Hindustan tetapi Tamil. Sampai hati orang kita mengambil yang haram. Duit haram biasanya akan habis dengan kegiatan-kegiatan haram juga. Dari longkang ke longkang.
Kita sebagai rakyat BOLEH menghapuskan rasuah di negara kita dengan memilih wakil rakyat yang tidak mengamalkan rasuah di dalam hidupnya.
Kerajaan kesal caj hospital swasta makin tinggi
PUTRAJAYA 3 Dis. – Kabinet melahirkan rasa bimbang berikutan kadar bayaran yang dikenakan oleh hospital swasta semakin meningkat dan mempunyai unsur-unsur mengaut keuntungan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, terdapat kes pesakit dikenakan bayaran yang terlalu tinggi melalui cara-cara yang boleh disifatkan sebagai tidak beretika.
Ulasan: Apakah si kaya saja yang layak hidup? Back to basic: Perubatan itu asas bagi setiap yang sakit.
No comments:
Post a Comment