AT SAMAT 20 Dis. – Berjuta-juta pengundi di Roi Et, wilayah miskin di timur laut Thailand dikatakan mampu menentukan pemenang pilihan raya Ahad ini dengan tawaran ‘beli undi’ semurah RM20. Pengundi di Roi Et dikatakan bersedia menjual undi dengan harga serendah 200 baht (RM20.40) dan berdasarkan sejarah, parti “paling pemurah” akan memenangi kerusi wilayah itu dan seterusnya pilihan raya umum.
“Kami akan mengundi mana-mana parti yang membayar lebih banyak wang kepada kami,” kata seorang petani, Sin Mapula, 50. Pembelian undi secara besar-besaran yang dikenali sebagai “Penyakit Roi Et” dikatakan bermula di sini pada awal 1980-an.
Ulasan: Tak jauh beza dengan apa yang berlaku di negara kita. Yang pernah kita dengar bukan setakat duit tetapi kain batik, gula, tiang letrik (kadang tiang tanpa letrik), jalan tar hingga ke depan tangga dsbnya. Hinanya kerajaan yang memerintah dengan merasuah pengundi. He who give you the world will never love you.
Wang ihsan untuk semua mangsa banjir
PEKAN: Kerajaan memutuskan untuk memberi bantuan wang ihsan kepada semua mangsa banjir di seluruh negara dengan kadarnya akan ditentukan tidak lama lagi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ulasan: Bukan setahun dua tapi sudah berkali-kali, kebiasaannya peruntukan sebanyak mana pun akan habis tetapi mangsa dari parti pembangkang tidak dapat bantuan daripada kerajaan. Kerajaan sepatutnya membantu untuk semua rakyat kerana peruntukan itu dari wang rakyat yang di tadbir oleh kerajaan yang memerintah.
No comments:
Post a Comment