KUALA LUMPUR 10 Dis. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan membentangkan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk bacaan kali kedua bagi meminda umur persaraan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada 65 tahun kepada 66 tahun di Dewan Rakyat esok.
Pindaan kepada Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan itu akan membolehkan anggota SPR yang sedang berkhidmat diberi opsyen untuk bersara pada umur 65 tahun atau pada umur persaraan yang baru iaitu 66 tahun.
Ulasan:
Jika benarlah terjadi pembentangan itu, sayang sekali seribu kali sayang sanggup Pak Lah mencemar nama baik yang datuknya sanggup meminda perlembagaan semata untuk membolehkan seseorang yang sangat rapat dengan UMNO untuk memimpin SPR setahun lagi sekaligus tugasannya ialah memenangkan BN/UMNO sebagai pemerintah.
Fikirkan baik-baik: Apalah gunanya kalau kecerdikan yang Allah kurniakan kepada kita di gunakan untuk menegakkan kerajaan zalim yang selama ini menipu rakyat. Selepas berusia 66 tahun tahun depan mahu di sambung lagi? Kalau usia dapat di beli, nescaya Tan Sri akan hidup selama-lamanya bekerja dengan taat di bawah BN/UMNO. Kata-kata Syed Syahir: In the interest of the nation and democracy, we urge Tan Sri Abdul Rashid to resign now, honourably (http://syedshahir.blogsome.com/2007/03/29/integrity-of-ec-and-tan-sri-abdul-rashid-in-question/). Malu bila rakyat meluat.
Rasuah: JPJ tidak akan bertolak ansur
IPOH 10 Dis. – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan bertolak ansur dengan kakitangannya yang terlibat dalam gejala rasuah kerana perbuatan itu akan melemahkan dan memberikan imej buruk kepada jabatan itu.
Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Mustapha Abdul Rashid berkata, anggota JPJ yang terlibat dengan gejala rasuah perlu dikenakan tindakan tegas supaya perbuatan tersebut tidak merebak di kalangan anggota lain.
Ulasan: Kasihan kepada staf kerajaan yang telah di jangkiti najis rasuah. Tak mungkin rasuah dapat di hapuskan selagi parti pemerintah sendiri yang merasuah pengundi di dalam pilihan rayu umum dan kecil, dan ramai pemimpin-pemimpinnya dari berbagai peringkat yang menjadikan rasuah amalan hidup mereka. Rakyat tahu benar cerita mereka.
Tidak ada kompromi: PM
PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan beliau akan sentiasa mengutamakan keselamatan rakyat berbanding kebebasan awam, terutama ketika risikan polis mendapati wujudnya rancangan untuk menimbulkan pergaduhan dan keganasan lain. Perdana Menteri yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri, berkata sebagai pemimpin yang bertanggungjawab terhadap rakyat, beliau tidak akan sekali-kali mengambil mudah soal memulihara keamanan.
Ulasan: Polis boleh tuduh rakyat dengan berbagai tuduhan yang pelik-pelik tetapi sila dakwa di mahkamah terbuka. Masih terngiang-ngiang bila KPN Tan Sri Norian Mai menuduh pahlawan reformasi Ezam, Tian Chua, Saari, Ghani, Badrul Amin dan lain-lain lagi akan mendatangkan kekacauan di negara ini ‘dengan bom, pelancar roket dan molotov cocktail, tetapi mereka sampai hari ini pun tidak di dakwa di mahkamah. Sampai bila polis bercakap bohong?
27 dituduh sertai perhimpunan haram
KUALA LUMPUR: Seramai 27 orang termasuk lima pemimpin kanan parti pembangkang, tiga peguam dan dua juvana didakwa di dua Mahkamah Sesyen di sini, semalam, kerana menyertai dua perhimpunan haram di ibu negara pada 10 November dan Ahad lalu.
Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dan Ketua Biro Integrasi PKR, N Gobalakrishnan adalah antara 18 yang didakwa di hadapan Hakim Rozana Ali Yusoff di Mahkamah Sesyen 2 Jalan Duta.
Naib Presiden PKR, R Sivarasa dan ahli majlis tertinggi parti itu, Latheefa Bibee Koya pula didakwa bersama tujuh yang lain di hadapan Hakim S M Komathy Suppiah di Mahkamah Sesyen 1.
Terdahulu, ketika membantah jaminan di kedua-dua mahkamah, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengetuai pihak pendakwa raya meminta hakim mengambil kira kepentingan awam dan keselamatan negara sebelum membenarkan sebarang jaminan.
Ulasan: Terbukti perhimpunan itu ialah perhimpunan aman. Tetapi perhimpunan itu amat di geruni oleh pemerintah, walaupun di izin di bawah Perlembagaan Malaysia, yang tidak sukakan pilihan raya bersih dan adil menjadi budaya di Malaysia. Sampai bilakah pemerintah menganggap rakyat semua bodoh dan tak tahu memerintah negara?
Mahkamah larang Bersih berhimpun
KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam mengeluarkan perintah larangan berhimpun kepada Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) yang merancang mengadakan perhimpunan di Bangunan Parlimen, di sini, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner I Patrick Jigessijore, berkata perintah dikeluarkan mengikut Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah menghalang Bersih daripada mengadakan perhimpunan di kawasan Bangunan Parlimen.
Ulasan: Bila kerajaan takutkan rakyat itulah demokrasi. Tapi bila rakyat takutkan kerajaan itu tanda-tanda awal pemerintahan kuku besi di sebalik nama demokrasi.
No comments:
Post a Comment