WASHINGTON 27 Ogos - Setahun selepas pentadbiran Bush mengatakan soal siasat kejam tidak lagi digunakan, Agensi Perisikan Pusat (CIA) menggunakan taktik menghalang tahanan daripada tidur terhadap seorang suspek keganasan pada penghujung 2007, dengan membiarkan dia berjaga selama enam hari berturut-turut dengan kebenaran daripada peguam kerajaan.
Penyiasat membuatkan tahanan tidak dikenali itu kekal berjaga dengan merantai tangannya pada dinding dan merantai kaki pada lantai, menurut pegawai kerajaan dan memo yang dikeluarkan bersama laporan dalaman CIA. Pentadbiran Obama mengeluarkan laporan dalaman tersebut minggu ini.
Menurut dokumen tersebut, tahanan itu dibiarkan berjaga dengan dipaksa berdiri dengan tangan digari di atas paras jantung. Dia dipakaikan dengan lampin supaya penyiasat dapat merantainya berterusan tanpa perlu ke tandas.
Dokumen itu menjelaskan bahawa tahanan dipantau dengan televisyen litar tertutup (CCTV). Sekiranya dia tertidur, rantai pada tangannya akan ditarik untuk membuatkannya terjaga.
Sekiranya kaki tahanan bengkak akibat edema yang boleh menyebabkan darah tersekat dan strok, penyiasat akan merantainya pada bangku tidak rata atau pada lantai dengan tangan diregangkan.
Halangan tidur selama 48 jam akan menghasilkan halusinasi, mengurangkan daya tahan terhadap rasa sakit dan menjadi seseorang lebih mudah dipengaruhi. – AP
Ulasan: Bagaimana dengan polis kita? Semak balik dengan berwawancara pengalaman dan/atau daripada buku yang ditulis oleh ramai graduan ISA. Rasanya tak jauh beza. Tukar kerajaan akan secara otomatik menukarkan gaya polis bekerja. Oleh itu rakyat perlu menukar kerajaan dulu.
No comments:
Post a Comment