TEHERAN 3 Ogos - Iran menggesa China menghormati hak-hak penduduk Islam Uighur di wilayah autonomi Xinjiang yang menjadi medan kekacauan etnik baru-baru ini.
Pendirian Iran itu dinyatakan oleh Timbalan Menteri Luar, Hossein Sheikholeslam dalam pertemuan dengan Duta China ke Teheran, lapor agensi berita Iran, IRNA hari ini.
Menurut Biro Penerangan dan Akhbar Kementerian Luar, Sheikholeslam dalam pertemuan itu menggariskan perkembangan di Asia Barat dan berkata, Iran dan China kini bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan tersebut…
Ulasan: Ada ke menteri kita yang telah menyampaikan perkara itu kepada China? Bila kita tak takutkan Allah, kita akan takut makhluk Allah. Sementara memegang jawatan, buatlah sesuatu untuk membela umat yang teraniaya.
No comments:
Post a Comment