Wednesday, August 26, 2009

Kerajaan yakin SPRM – PM

PUTRAJAYA 25 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pihak tertentu jangan menjadikan institusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai mainan politik atau sentimen mereka.

Tegas Perdana Menteri, pihak berkenaan tidak boleh menuding jari menyalahkan SPRM hanya berdasarkan kes tertentu khususnya kes kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Menurutnya, dalam apa jua keadaan, semua pihak diminta tidak terlalu cepat menyalahkan institusi itu dalam usahanya untuk memerangi rasuah dan membawa urus tadbir baik untuk negara.

‘‘Kerajaan masih yakin dengan kewibawaan SPRM. Dalam kes melibatkan mendiang Teoh, saya percaya ia bukan suatu yang diinginkan oleh SPRM sebab insiden berlaku di pekarangan bangunan SPRM (Selangor).

‘‘Sudah tentu ia menimbulkan banyak persoalan tentang kredibiliti SPRM namun saya harap ia tidak dijadikan mainan politik kerana ini boleh membawa keadaan negatif,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2009 di Kementerian Kewangan di sini hari ini…

Ulasan: Tetapi rakyat kurang percaya kepada SPRM. Bukan kerana kakitangan tidak berupaya menyiasat kes rasuah dan penyelewengan tapi kerana SPRM di bawah PM, seorang ahli politik BN/UMNO. Rakyat tertanya-tanya bila agaknya boleh SPRM diletakkan di bawah Parlimen atau DYMM Agung?


No comments: