Thursday, August 06, 2009

Tarik balik lesen! - Ismail Sabri

BANDAR SERI BEGAWAN 5 Ogos - Tarik balik lesen! Itu kata dua Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob kepada pemborong yang didapati terlibat menyorok atau menyeleweng sehingga menyebabkan bekalan gula berkurangan di pasaran di beberapa kawasan.

''Kerajaan tidak akan berkompromi lagi jika mereka sebagai pemborong didapati terlibat dan lesen yang ditarik tidak akan diberikan semula. Tidak ada peluang kedua bagi mereka jika lesen ditarik balik," tegas beliau di sini hari ini.

Ismail Sabri yang mengikuti lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Brunei Darussalam mulai semalam berkata, bekalan gula adalah mencukupi walaupun mendapat permintaan yang tinggi menjelang puasa dan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Ulasan: Bila rasuah membelit negara, towkey senyum sahaja mendengar amaran dari menteri kerana semuanya sudah settle. Siapa yang jadi lembu?

No comments: