Wednesday, August 05, 2009

Jordan tolak seruan AS

WASHINGTON 4 Ogos - Jordan semalam menyertai Arab Saudi dengan secara terbuka menolak rayuan Amerika Syarikat (AS) untuk memperbaiki hubungan dengan Israel bagi membantu memulakan semula rundingan damai Asia Barat, sekali gus menyukarkan usaha pentadbiran Obama untuk mendapatkan sokongan Arab untuk rundingan baru.

Selepas rundingan dengan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton dan Menteri Luar Jordan, Nasser Judeh menegaskan bahawa pendekatan membina keyakinan yang AS mahukan di kalangan negara Arab tidak akan menghasilkan penyelesaian kepada konflik.

Judeh dan Hillary masing-masing mengkritik Israel kerana mengusir keluarga Palestin dari kawasan kejiranan Arab di timur Baitulmaqdis hujung minggu lalu…

Ulasan: Eloklah negara Timur Tengah menolak rancangan yang akan menghinakan umat Islam dan warga Palestin. Gunakan kelebihanmu yang dikurniakan Allah untuk mengalahkan musuh tradisimu, negara haram Israel yang menjajah Palestin.

No comments: