Friday, August 07, 2009

Demo menyebabkan ganti rugi RM20j

Tajuk asal: 20 persatuan tuntut ganti RM20j diminta daripada GMI
KUALA LUMPUR: Sebanyak 20 persatuan membabitkan penjaja, peniaga, pemandu teksi dan pengusaha hotel menuntut ganti rugi sebanyak RM20 juta daripada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), parti politik pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) yang terbabit dalam penganjuran perhimpunan haram Sabtu lalu.

Tuntutan itu diserahkan kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di lobi bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pagi, semalam…

Ulasan: Kalau polis bertindak profesional mengizinkan demo aman itu pun tiada masalah kerana peserta demo di Malaysia bukan mencuri, mencuri dan mengganggu kacau harta benda orang. Suasana hari demo menjadi kelam kabut bila polis melakukan tangkapan, melepasakan gas pemedih mata, menyembur air kimia dan memukul peserta. Memang nampaknya sengaja polis merancang serangan untuk mengajar peserta agar serik berdemo. Tercapaikah maksud polis itu ditengah-tengah ISA undang-undang zalim yang membelit negara?

No comments: