Monday, August 03, 2009

Pedihnya mata, pedihnya hati....


Catatan santai seorang pejuang rakyat 1 Ogos '09

Saya tiba disteyen keretapi KL jam 1.50 t.hari dari Seremban dengan menaiki KTM komuter. Hajat hati nak solat jamak taqdim kat Masjid Negara; tetapi di block oleh polis. 
 
Dalam keadaan mencari tempat untuk solat, kelihatan kumpulan dari masjid negara telah mula bergerak menghala Bank Negara. Saya dan Z** dari Kajang terus ikut serta. Betul2 di depan bank rakyat, kena block, dan gas pemedih mata mula dilontar bertalu-talu. Pada peringkat ini rasanya macam boleh tahan lagi walaupun baunya memang menusuk hidung.
 
Kumpulan berpatah semula ke masjid negara setelah dilakukan solat hajat dan bacaan doa diatas jejantas berhadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.Tiba2 FRU datang dari Masjid negara terus melontarkan gas dengan lebih hebat lagi. Keadaan kami semua masa tu macam dah kena perangkap. Dikala ini apa yang dapat dilakukan ialah lari. Pada ketika tersebut dalam keadaan batuk2 serta hampir hendak muntah dan terasa macam nak pengsan saya lari menuju Bank rakyat dan terus menuju jalan ke Dataran Merbuk. Dibelakang sana kelihatan kumpulan FRU yang membawa rotan dan perisai sudah sedia untuk menghambat kumpulan2 yang masih ada diatas jejantas. Kalau saya lewat 5 minit sahaja mungkin saya telah bertembung dengan kumpulan FRU berotan ini.
 
Dengan beberapa sahabat2 Pas yg lain rehat sekejap di dataran merbuk sebelum disuruh bersurai oleh polis dalam kereta peronda kalau bilangan lebih dari lima orang. Apabila kelihatan reda saya berjalan menghala ke Dewan Bandaraya melepasi terak2 FRU yang parking didepan Bank Rakyat. At that time saya yakin program dah habis; so saya pun walking toward SOGO nak makan tengah hari dan cari hotel untuk menginap. Sempat jumpa A** anak MA dan keluarga suaminya sedang bergambar bersebelahan dewan bandaraya. Sekumpulan polis mengherdik mereka "oii balik lah pergi masjid sembahyang lagi bagus". Ana terfikir yg menjerit tu dah sembahyang ke?
 
Rupanya banyak lagi confrontation di depan Sogo, jln tunku abd rahman, pertama komplek dan di jalan dang wangi. Bau gas boleh dikatakan memang terasa di kawasan tersebut. 
 
Kerana sudah lapar ana singgah makan mee goring di kedai mamak di jalan masjid india. S kemudian nya join saya kat restaurant tersebut. Kami balik bersama seorang senior activist menuju Kg Bahru melalui jalan dang wangi yang masih kelihatan beberapa trak FRU yang bersedia untuk menangani penunjuk perasaan. 

Jangan santai2 lagi, tak boleh jadi macam ni....

No comments: