Friday, November 17, 2006

ISP diarah tapis bahan lucah percuma

SYARIKAT telekomunikasi dan penyedia khidmat internet (ISP) diarah menyediakan khidmat penapisan bahan lucah secara percuma kepada pengguna secepat mungkin bagi menangani keruntuhan moral remaja.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis, berkata arahan itu juga membabitkan pengusaha kafe siber sebagai syarat mendapatkan lesen perniagaan mereka. Katanya, langkah itu dibuat untuk memastikan semua pihak mematuhi keputusan Majlis Kebangsaan Teknologi Maklumat (NITC) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, April lalu.
"Khidmat penapisan ini disediakan kepada pelanggan internet dan pengguna telefon bimbit yang boleh memuat turun bahan dari internet serta syarikat telekomunikasi yang mempunyai capaian internet serta kafe siber” katanya.

Ulasan: Kalau pemimpin BN/UMNO betul-betul sayangkan rakyat, ISP mesti tapis SEMUA bahan lucah samada percuma atau berbayar. Cukuplah negara di bebani rogol, zina, sumbang muhrim dan anak haram. Sayangilah wanita kerana wanita tiang negara.

No comments: