PUTRAJAYA 9 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, laporan terkini Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2006 adalah mendukacitakan dan membawa tanda tanya sama ada kajian itu sahih serta benar-benar mencerminkan keadaan di negara ini atau sebaliknya...(UM).
Ulasan: Senang saja untuk mengetahui persepsi rakyat Malaysia dengan bertanya kepada orang awam mengenai rasuah yang berlaku di Malaysia. Ramai mengetahui mengenai kewujudannya di negara kita secara langsung atau tidak langsung. Tanya kepada mereka yang berkerja di mana saja samada profesional atau tidak, mereka akan menceritakan apa yang mereka tahu mengenai rasuah. Bila masyarakat awam pun mengetahuinya bermakna ia sudah berleluasa.
Dalam negara kita rasuah bermula sudah lama. Bacalah buku mengenai rasuah oleh Professor Syed Hussin, dan kajian yang di lakukan oleh pelajar universiti selepasnya. Benar kata-kata orang tua-tua : Sedikit lama-lama jadi bukit.
Skala rasuah yang berlaku pada awal kemerdekaan negara mungkin kecil jika di bandingkan dengan sekarang kerana negara itu masih lagi miskin. Rasuah menjadi rahsia yang diketahui ramai (known secret) dan perbualan umum sejak zaman pemerintahan Perdana Menteri Ke-4 (Tun Dr Mahathir Mohamed)). Era Dr. Mahathir merupakan era melimpahnya projek mewah dan projek mega menyebabkan ramai jutawan segera terutama dari bangsa Melayu. Suka kerana melahirkan ramai jutawan Melayu tapi sedih dengan cara yang tidak alami (natural) yang boleh membebankan bangsa kita.
Berbagai sistem turnkey iaitu rekabentuk & bina (design & build) di cipta atau di ambil dari luar untuk mencepatkan dan merancakkan apa yang di panggil pembangunan negara walaupun menggunakan tenaga asing. Cuba bayangkan bila arkitek dan jurutera profesional sebenarnya bekerja di dalam kumpulan yang di ketuai oeh kontraktor.
Tentunya kita ingat bila projek rekabentuk dan bina kerajaan mesti di laksanakan melalui kumpulan pengurusan projek (project management team, PMT) di ketuai oleh pengurus projek. Masalah demi masalah menyebabkan keberkesanannya di ragui lantas tidak di amalkan lagi di bawah Perdana Menteri Ke-5 sekarang.
Walaupun telah lama peraturan mengenai perolehan tender kerajaan di laksanakan tetapi kita sedih kerana Laporan Audit tahunan memaklumkan terdapat kontraktor yang tidak di kenali tiba-tiba melaksanakan projek dan projek menjadi sakit lantas terbengkalai.
Sedihnya bila ada kontraktor Melayu yang betul-betul melaksanakan sendiri kerja dengan tidak menjual projek (iaitu mensubkontrakkan keseluruhan) kepada kontraktor lain terutama bangsa lain, tidak mendapat projek semata-mata kerana tidak mempunyai hubungan dengan orang politik Umno.
Rasuah terjadi dalam segenap bidang. Orang BPR tentu lebih tahu. Memang susah hendak menyelesaikan masalah rasuah dalam negara yang membelit kita. Kejujuran dari setiap menteri kerajaan yang ada, not just PM saja, di perlukan supaya benar-benar RASUAH 0% supaya anakcucu kita hormat kepada kita bukan menyampah kepada kita kerana semuanya kepada orang lain terjual akibat rasuah.
Kalau sungguh, buktikan dengan aksi. Jangan hanya bercakap kerana masa bercakap sudah berlalu. Menang bercakap tapi mana aksi? Orang lain tertawa kerana mereka tahu orang yang lapar duit ialah orang kita. Walhal semua orang tahu rasuah itu haram.
Berikan BPR kuasa setingginya untuk menangani masalah rasuah withot any fear or favor.
No comments:
Post a Comment