ATLANTA: Kadar wanita bujang melahirkan anak luar nikah mencapai angka tertinggi di Amerika Syarikat dengan hampir empat daripada 10 bayi yang dilahirkan tahun lalu membabitkan golongan itu. Kira-kira 4.1 juta bayi dilahirkan di Amerika tahun lalu, meningkat sedikit berbanding 2004. Lebih 1.5 juta bayi itu dilahirkan oleh wanita yang tidak berkahwin atau 37 peratus daripada jumlah keseluruhan.
Pada 2004, kira-kira 36 peratus kelahiran adalah hasil hubungan luar nikah.
Selain itu, bilangan pasangan luar nikah yang mempunyai anak semakin meningkat, mencecah 1.7 juta tahun lalu, meningkat daripada 200,000 pada 1970…(BH, 23 .11.06)
Ulasan: Angka ini bagi negara kita pun malah setiap negara akan naik setiap tahun kerana kita terutama belia mengamalkan cara hidup bebas Barat (mulai kebebasan bercampur lelaki-perempuan di ikuti seks bebas, zina).
Amat sedih dan menghairankan kenapa kita – di semua negara yang pernah terjajah sebelum ini - bersusah payah berjuang untuk merdeka dari penjajah barat tetapi seronok mengamalkan cara hidup mereka. Sayang kemerdekaan yang tidak di jaga dengan teliti akhirnya musnah di tangan nafsu sendiri. Setiap yang bermula akan sampai walaupun lambat. Sekarang ini sudah nampak masalah yang dulunya amat di khuatiri dan di geruni : bergaul bebas, zina, anak haram dan menggugur anak secara haram.
Mengapakah wanita sanggup menyerahkan dirinya untuk di zina oleh lelaki yang bukan suaminya yang sah? Tidak ada siapa yang yang boleh membantu mengelakkan tubuhnya dari jamahan lelaki kecuali diri wanita terbabit. Kalau wanita yang betul-betul sayang kepada dirinya mesti sanggup mengelakkan zina dan menjauhi mukadimmah zina. Apa di harap dari hero lelaki yang sanggup berzina kemudiannya menjadi penakut dan menghilangkan diri laksana David Cofferfield.
Pesanan kepada belia: Jagalah tubuhmu, kawal nafsumu dan jangan serahkan dirimu sehingga malam pengantin yang sah.
Jangan kita mendekati zina. Kerana sesungguhnya zina satu perbuatan keji dan seburuk-buruk jalan. Allah telah mengingatkan kita dalam Quran. Sila semak Surah Al Isra, ayat 32.
No comments:
Post a Comment