GENEVA: Jangkitan HIV, virus yang membawa kepada Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) berlaku setiap lapan saat dan meningkat di setiap benua serta paling teruk di Uganda dan Thailand meskipun dua negara itu dianggap mencapai kejayaan melawan Aids.
Seramai 39.5 juta orang dewasa dan kanak-kanak dijangkiti HIV di seluruh dunia, paling banyak berlaku di timur Asia dan timur Eropah serta tengah Asia, kebanyakannya berpunca daripada penyalahgunaan dadah dan seks rambang, dedah agensi UNAIDS dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kelmarin.
Selain itu, jangkitan HIV berlaku setiap lapan saat yang bermakna 11,000 orang dijangkiti setiap hari dan 8,000 lagi yang turut dijangkiti menemui ajal, menurut laporan bersama pertubuhan berkenaan bertajuk ‘2006 Aids Epidemic Update’ (Keadaan Terkini Wabak Aids 2006).
“Bukti menunjukkan sekali lagi bahawa wabak Aids berkembang di semua tempat,” kata Pengarah Eksekutif UNAIDS, Peter Piot, pada sidang media.
Ulasan: Ada dua punca HIV iaitu penyalahgunaan dadah dan seks rambang, zina.
Selagi tidak di bendung kedua punca ini, segala yang di buat hanya menghabiskan peruntukan saja kerana akan ada pesakit HIV dan semakin bertambah.
Sudah tentu ramai orang terlibat dalam zina berbanding penyalahgunaan dadah. Zina mudah berlaku percampuran bebas daripada cara hidup bebas ala Barat seperti yang di amalkan sekarang. Patutlah Dato Maharajalela dan kawan-kawannya sanggup membunuh JWW Birch di Perak dulu kerana inginkan generasi akan datang hidup sihat.
Ceritanya bermula dan kemuncak dengan nafsu menguasai diri dan kemudian berzina. Kemudian melanggani pelacur. Kemudianya menyebarkan secara tak sedar virus penyakit kepada yang di sayangi: isteri dan anak dalam kandungan. Hujungnya terlantar dan menderita dan mendatangkan masalah kepada semua termasuk negara yang mengizinkan tempat maksiat beroperasi secara terang atau haram.
Jangan kita mendekati zina. Kerana sesungguhnya zina satu perbuatan keji dan seburuk-buruk jalan. Lebih 1400 tahun yang lalu Allah telah mengingatkan kita dalam Quran. Sila semak Surah Al Isra, ayat 32.
No comments:
Post a Comment