Wednesday, May 27, 2009

'Ikat' kelajuan bas ekspres

KUALA TERENGGANU 26 Mei - Kerajaan bercadang 'mengikat' kelajuan yang boleh dicapai semua bas ekspres dan bas penumpang kepada maksimum 90 kilometer sejam (km/j) untuk mengurangkan kemalangan maut di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, langkah itu terpaksa dilakukan selepas sistem kotak hitam yang diperkenalkan sebelum ini tidak mampu menangani kes kemalangan maut yang kian meningkat.

''Kita 'ikat' terus 90 km/j atau berapa pun, terpulanglah. Had laju semua bas ekspres kita akan 'ikat' tanpa kecuali sebab banyak sangat sudah mati akibat mereka jadikan jalan raya pentas perlumbaan.

''Lebuh raya bukan untuk berlumba, apabila had kelajuan 'diikat,' semua kena ikut. Tidak ada syarikat ini kata mereka boleh, yang lain kata pula tak boleh," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Surat Tawaran Kelulusan (STK) Kereta Sewa Terengganu di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu di sini hari ini…

Ulasan: Negara kita jadi indah bila pegawai kerajaan tidak makan rasuah. 

No comments: