ATHENS 26 Mei - Pegawai mahkamah berkata, pendatang dari Iraq telah menyaman seorang anggota polis Greece yang didakwa telah merosakkan al-Quran miliknya, ketika melakukan pemeriksaan pengenalan diri di ibu negara ini pada minggu lalu, yang mencetuskan kemarahan pendatang Islam di sini.
Lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Attiq memohon agar pegawai yang melakukan jenayah tersebut diambil tindakan.
Polis berkata, mereka sedang menyiasat dakwaan tersebut. Dalam saman yang dikemukakan kepada pendakwa Athens semalam, Muhammad mendakwa pegawai yang tidak dikenali itu telah memaki dan menghinanya sebelum mengoyak serta menginjak-injak kitab al-Quran miliknya.
Insiden itu telah mencetuskan bantahan selama dua hari apabila beratus-ratus penduduk Islam mengadakan tunjuk perasaan di tengah bandar raya ini…
Ulasan: Laksanakan Quran di dalam hidup kita kerana akhlak Rasulullah s.a.w. ialah Quran.
No comments:
Post a Comment