JAKARTA 27 Mei - Penyakit diabetis semakin meningkat di Asia tetapi tidak di negara Barat, kebanyakan yang menghidap penyakit ini terdiri daripada golongan muda dan mereka yang obesiti, menurut satu kajian terbaru.
Kajian yang diterbitkan dalam Journal Persatuan Perubatan Amerika hari ini berkata, peyakit tersebut telah menjadi masalah dunia, dengan jumlah pesakitnya dijangka meningkat dari 240 juta pada 2007 kepada 380 juta orang pada 2025.
Lebih 60 peratus daripadanya berkembang di Asia, rantau yang mengalami pertumbuhan yang paling pesat di dunia dengan negara yang mempunyai pendapatan antara rendah ke sederhana paling tinggi menghidapinya.
India menunjukkan peningkatan dari 40 juta kepada hampir 70 juta; China 39 juta kepada 59 juta; dan Bangladesh 3.8 juta kepada 7.4 juta, kata pengarangnya yang memetik laporan Persekutuan Diabetis Antarabangsa.
Indonesia, Filipina, Malaysia, Vietnam dan lain-lain negara juga menunjukkan peningkatan mendadak. – AP
Ulasan: Berhati-hati bila makan dan minum kerana makanan dan minuman adalah penyebab utama penyakit kronik sekarang. Kurangkan mengambil gula dan garam atau yang lebih baik. Jangan bila sudah berpenyakit, menyesal tiada berguna lagi. Makanlah dan minumlah yang BERKHASIAT (nutritious) bukan hanya SEDAP. Jangan tertipu dengan sedap kerana sedap itu hanya sepanjang lidah…
No comments:
Post a Comment