KUALA LUMPUR 27 Mei - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu Kementerian Sumber Manusia mengeluarkan garis panduan secara rasmi kepada semua majikan mengenai kebenaran menunaikan solat.
Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, tindakan itu perlu dibuat segera ekoran terdapat pihak majikan khususnya syarikat yang dipelopori bukan Islam menidakkan hak pekerja Muslim bersolat.
Beliau berkata, pihak kementerian harus mengambil berat isu itu kerana ia menyentuh hak seseorang Muslim menunaikan ibadat asas selain menyalahi Perlembagaan.
"PPIM pernah menerima aduan mengenai tindakan majikan yang menyekat pekerja daripada menunaikan solat dan didapati perkara ini berlaku. Sebagai tindakan susulan PPIM telah menghantar surat kepada pihak Kementerian Sumber Manusia.
"Isu ini harus diselesaikan segera kerana ia melibatkan hak menunaikan ibadat paling asas dalam Islam. PPIM amat kesal kerana ada pihak yang berani menidakkan hak orang Islam bersolat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini…
Ulasan: Hinanya kita bila kita meninggalkan fardu kifayah yang menyebabkan oran kita terpaksa bekerja dengan majikan kafir yang keras kepala. Juga hinanya kita bila kita tidak solat seperti di fardukan keatas kita. Pekerja yang jiwanya merdeka akan tetap melakukan solat harian di mana saja. Pekerja Muslim sepatutnya menunjukkan kehebatan akhlak Islam kepada orang kafir.
No comments:
Post a Comment