Najib also took a swipe at PR leader Datuk Seri Anwar Ibrahim who had questioned the integrity of the judiciary after the Court of Appeal had overruled the High Court.
"He himself tried to establish federal government by defections," he said, referring to Anwar's Sept 16 takeover plan.
"So, the judiciary is right in saying it is legal," Najib concluded.
1. Najib sering menjadikan September 16 sebagai justifikasi rampasan kuasa di Perak.
2. September 16 tidak berlaku; oleh itu justifikasi itu hipotetikal dan penuh spekulasi.
3. Misalkan Anwar berjaya menarik AP dari BN menyertai PR shingga mencapai majoriti dalam Parlimen. Apa yang masih tidak jelas (dan menjadi spekulasi) bagaimanakah Anwar akan membentuk kerajaan?
4. Dikelilingi oleh pakar perundangan dan (dia sendiri) kerap menjadi objek perundangan, tidak mustahil Anwar melakukan sesuatu yang berada dalam batasan perundangan.
5. Tidak mustahil Anwar membentuk kerajaan melalui undian tidak percaya kepada Kerajaan BN.
6. Bagaimanapun, itu semua hipotesis; tidak mungkin diketahui sama ada benar atau palsu, kerana Spetember 16 tidak berlaku.
7. Untuk Najib menjadikan September 16 justikasi menghalalkan tindakannya di Perak, suka diterima oleh akal yang waras.
8. Yang lebih menarik, laporan di atas memberi gambaran seakan-akan September 16 menjadi alasan perundangan bagi keputusan Mahkamah Rayuan.
9. Secara perundangannya, PR tidak mempersoalkan tentang pergerakan anggota Pakatan sehingga menjadikan kedudukan dalam Dewan Undangan mungkin memihak kepada BN. Tetapi PR mempersoalkan bagaimana kerajaan baru Perak dilantik?
10. Aneh, sekali, bagi Najib, apa yang Anwar 'mungkin lakukan pada September 16' itu sudah menjadi pemutus bagi Najib untuk kes perundangan yang agak berat. Sesungguhnya, itu satu penghormatan bagi Anwar.
AAR
Ulasan: PR tidak mengumpan dengan duit. Tapi dengan prinsip membela rakyat. Kalau ada satu sen dipersilakan PRSM siasat mengenai hal ini. BN/UMNO pula dengan wang berjuta seperti akuan bersumpah Ketua PKR Bahagian Ipoh Barat, Fauzi Muda dalam surat akuan bersumpah yang dibuatnya di hadapan pesuruhjaya sumpah Yong Yoke Thye mendakwa beliau menerima tawaran daripada BN sebanyak RM50 juta untuk membawa masuk sekurangkurangnya dua ADUN dari Perak, terutama daripada PKR untuk menyertai Umno atau menjadi wakil bebas selepas pilihan raya umum Mac 2008. PRSM sudah siasat hal ini?
No comments:
Post a Comment