Tuesday, May 12, 2009

Bir halal kelirukan masyarakat Islam

KUALA LUMPUR 11 Mei – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak bersetuju dengan penggunaan istilah bir halal kerana istilah tersebut dikhuatiri akan mengelirukan masyarakat Islam.

Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, mereka telah menerima aduan daripada pengguna Islam mengenai bir halal yang dijual di Pameran Halal Antarabangsa 2009 (Mihas 2009).

Pengguna Islam berasa kurang selesa tentang perkara ini kerana istilah bir halal yang digunakan agak keterlaluan.

“Kami mencadangkan satu garis panduan pengiklanan yang lebih ketat mengenai penjenamaan makanan dan juga minuman yang boleh menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Noor Nirwandy, syarikat yang bertanggungjawab mengedarkan bir halal tersebut perlu dilarang menggunakan penjenamaan bir halal untuk tujuan promosi di negara ini.

Ulasan: Musuh-musuh kita akan terus membuat helah supaya kita mengikut cara hidup mereka. Nanti di negara kita akan di penuhi kekeliruan dengan iklan bir halal, babi halal, judi halal, zina halal… Eloklah di hentikan sebelum ianya parah.

1 comment:

Anonymous said...

Dalam artikel ini ada menyebutkan yang "BIR" tidak sesuai untuk digunakan sebagai minuman yang tidak beralkohol kerana umat Islam telah sedia maklum bahawa bir adalah minuman yang haram. Habis itu Root Beer yang di jual di A&W & ginger beer itu yang telah digunakan untuk sekian lama tak pulak mengelirukan orang islam dimalaysia selama ini , kenapa sekarang?.

Lagi satu kalau paras alkohol yang dibenarkan dalam makanan dan minuman ialah 0.01 peratus dan sekiranya didapati melebihi, ia dianggap haram bagi umat Islam. Tolong jelaskan apa pula dengan makanan seperti berikut yang telah sebati dengan jiwa orang Islam Malaysia, tempeh, tapai ubi, tapai pulut, kicap, cincalok, tempoyak, budu, jeruk2 dan banyak lagi.. not even a hint of alcohol?.. Adakah makan2 ini semua juga nak diharamkan???