Tajuk asal: Lanjut 6 bulan PPSMI, ahli akademik marah!
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Tindakan kerajaan melanjutkan tempoh sehingga enam bulan sama ada akan meneruskan atau memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menimbulkan kemarahan Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia China, Universiti Pengajian Asing Beijing, Prof. Dr Awang Sariyan.
Beliau yang dihubungi Harakahdaily mempersoalkan sehingga bila kerajaan akan yakin hasil pemikiran dan kajian ahli ilmu sehingga memerlukan tempoh yang begitu lama untuk membuat keputusan mengenai dasar tersebut.
"Sebenarnya saya sudah jemu untuk memberi komen mengenai isu ini. Kami di kalangan pejuang bahasa sudah kering tekak dan sudah memberi semua hujah. Sudah bertimbun kertas kerja, memorandum dan buku yang kita kemukakan. Adakah itu tidak cukup untuk kerajaan membuat keputusan?
"Apa yang meragukan ialah kajian Kementerian Pelajaran Malaysia yang memilih-milih responden untuk menguatkan hujah mereka utk meneruskan PPSMI. Nasib dasar di negara kita samalah dengan kisah Yunani purba iaitu kisah seorang putera raja yg dihukum menolak batu ke puncak bukit. Setiap kali batu sampai di puncak, dewa menekan dari atas dan batu pun melorot balik. Ditolak lagi, begitu juga jadinya hingga akhirnya tak pernah lepas batu itu ke sebelah lereng. Kerana apa? Kerana ada kuasa yang menekan usaha melepaskan batu ke lereng satu lagi," tegasnya.
Jelas Awang, kisah tersebut samalah dengan nasib dasar-dasar di negara ini seperti dasar ekonomi, dasar kebudayaan, dasar pendidikan dan dasar bahasa.
Beliau berpandangan dasar tersebut ibarat batu yang ditolak ke puncak bukit iaitu yang hampir berjaya atau separuh berjaya ditolak ke puncak, ditekan ke bawah semua dan berulang kali.
"Itulah tragedi dalam negara atau masyarakat yang tidak melandaskan sesuatu keputusan pada ilmu dan pemikiran yang jelas. Di satu sisi kita bercakap tentang dasar pembinaan jati diri bangsa dan negara termasuk melalui dasar bahasa, dasar pendidikan serta dasar kebudayaan.Tetapi di sisi lain keputusan tidak selaras dengan dasar, lebih condong kepada asas pragmatisme melulu,"katanya…
Ulasan: Yang banyak songelnya ialah kerajaan BN/UMNO. Bila kerajaan pusat BN sudah tidak prihatin terhadap permintaan majoriti, eloklah rakyat pangkah parti selain dari BN dalam pilihan raya nanti. Rakyat hakim negara.
No comments:
Post a Comment