KOTA KINABALU 19 Mei – Keputusan Barisan Nasional (BN) tidak bertanding dalam pilihan raya kecil di Penanti pada 31 Mei ini bukan kerana takut kalah, tetapi protes terhadap pembangkang yang memperalatkan sistem demokrasi di negara ini.
Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, tidak timbul soal gentar kerana jika BN meletak calon di Penanti, tindakan itu menunjukkan BN menyokong pembangkang dalam memperlekeh demokrasi.
“Kita tidak perlu bertanding, ini (pilihan raya) agenda pembangkang, ini protes kita terhadap pembangkang yang hanya memainkan sistem demokrasi dengan cara mengadakan pilihan raya.
“Adalah lebih bermaruah untuk tidak bertanding kerana saya rasa kita mempertahankan maruah kita dengan tidak ambil bahagian dalam pilihan raya kecil yang memperlekeh institusi demokrasi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Sabah yang pertama di Bangunan UMNO negeri di sini hari ini….
Ulasan: PR atau dulunya Barisan Alternatif pernah memboikot Pilihanraya Kecil DUN Batu Talam atas alasan SPR berat sebelah, tidak telus, menyalahgunakan kuasa dan sebagainya. Akhirnya PRK itu dilangsungkan dengan BN ditentang oleh calon Bebas, Ng Chee Pang yang berhadapan dengan calon BN Abdul Aziz Md Kiram (http://mutaligat.blogspot.com/2009/05/boikot-pilihanraya-dulu-pr-protes-kini.html). Juga lihat http://malaysia-baru.blogspot.com/2007/01/pas-keadilan-boikot-pilihan-raya-batu.html
Setakat ini perangai SPR mengikut kerajaan Pusat iaitu tidak berubah pun. Oleh sebab itulah rakyat melihat bahawa BN memboikot PRK Penanti kerana takutkan rakyat akan menghukumnya. Rakyat telah di zalimi berpuluh-puluh tahun di bawah BN.
No comments:
Post a Comment