Tuesday, July 20, 2010

Jutawan Jho Low bersama Paris Hilton

KUALA LUMPUR 19 Julai – Selebriti terkenal, Paris Hilton dilaporkan bersama jutawan Malaysia, Taek Jho Low, 28, ketika ditahan polis di sebuah lapangan terbang di Corsica, Perancis kerana memiliki ganja dalam beg tangannya.

Majalah Ok! dalam laman webnya melaporkan, sebelum itu, Paris telah menghabiskan masa bersama jutawan itu di dalam sebuah bot mewah.

Sebelum ini, New York Times melaporkan Paris turut berada bersama Jho Low ketika jutawan itu menyambut hari jadinya yang ke-28.

Menurut akhbar itu, Jho Low sering berbelanja mewah di luar negara dan sanggup membelanjakan RM161,275 (AS$50,000) semalam untuk berhibur dan bergaul rapat dengan selebriti-selebriti Barat. 

Antaranya dia dilaporkan menghadiahkan 200 botol arak berjenama berharga RM3,225 (AS$1,000) sebotol kepada pelakon Hollywood, Megan Fox serta menghabiskan RM516,080 (AS$160,000) dalam sehari di Avenue New York pada September lalu semasa Minggu Fesyen.

‘‘Lelaki gempal lulusan Sarjana Muda Sains Ekonomi dari Sekolah Perniagaan Wharton, Universiti Pennsylvania itu menjadi Penasihat Kumpulan dan Pengarah Bukan Eksekutif untuk sebuah bank terkemuka sejak 19 September 2008,’’ ujar akhbar itu…

Ulasan: Terimakasih kepada politikus BN/UMNO yang menjadikannya kaya...

No comments: