Tuesday, July 27, 2010

Selangor peruntuk RM15 juta perluas sebaran akhbar, TV

2010/07/27

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan memperuntukkan RM15 juta pada Bajet 2011 untuk meningkatkan rangkaian sistem penyampaian kerajaan negeri termasuk memperluaskan penerbitan akhbar Selangor Kini dan TV Selangor bagi membolehkan rakyat mendapat maklumat mengenai aktiviti dan program kerajaan. 

Pada masa sama, Kerajaan Selangor turut merancang untuk mengadakan stesen radio sendiri dinamakan Radio Selangor Kini, yang akan dikendalikan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu. 

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata peruntukan berkenaan diperlukan bagi membolehkan kerajaan negeri menyebarkan maklumat dan memberi penerangan kepada rakyat Selangor berhubung perkara yang mempunyai kaitan dengan rakyat. 

"Urus tadbir kerajaan negeri memang diberi perhatian khas sejak ditadbir Pakatan Rakyat, tetapi liputan diberikan selalunya tidak seimbang kerana banyak usaha memburukkan kerajaan negeri yang disifatkan bermotifkan politik kepartian dengan cuba menggambarkan kepada rakyat bahawa kerajaan Pakatan Rakyat tidak mampu mentadbir. 

"Bukan itu saja, berita ditulis juga tidak memberi gambaran menyeluruh dan setiap jawapan diberi kerajaan negeri juga tidak mendapat liputan wajar," katanya ketika merasmikan Majlis Dialog Bajet 2011, di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, semalam. 

Abdul Khalid berkata, Kerajaan Selangor sangat memerlukan penyebaran maklumat melalui rangkaian media berkenaan berikutan ada sesetengah pegawai kerajaan negeri gagal menyalurkan maklumat kepada rakyat dengan tepat dan betul sehingga rakyat menjadi keliru. 

Beliau berkata, peruntukan sebanyak RM15 juta itu juga masih kecil berbanding jumlah bajet Kerajaan Selangor iaitu RM1.5 bilion, selain menegaskan peruntukan itu tidak akan menjejaskan bajet lain untuk pembangunan negeri seperti dilakukan sebelum ini…

Ulasan: Biar rakyat menilai Pakatan Rakyat dengan ilmu yang tepat. Mula sekarang rakyat boleh melihat apa yang dibuat sendiri oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah negeri Selangor dan apa yang di pandang dari sudut kerajaan pusat BN. Selamat memilih kerajaan yangh prihatin kepada rakyat.

No comments: