KUALA LUMPUR 28 Julai - Isu penyerahan Blok L dan M kepada Brunei dianggap telah selesai sementara Perkara-Perkara Yang Dipersetujui (POA) dengan Singapura masih belum selesai.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, melalui Pertukaran Surat (Exchange of Letters) pada 16 Mac 2009, persempadanan maritim, Kawasan Aturan Komersial, persempadanan darat dan akses maritim dengan Brunei telah diselesaikan.
"Pertukaran Surat itu juga telah menetapkan sempadan laut wilayah, pelantar benua dan zon ekonomi eksklusif di antara kedua-dua negara yang bersifat kekal serta meletakkan blok cari gali minyak L dan M di dalam kawasan maritim Brunei.
"Walaupun Brunei kini mempunyai hak kedaulatan terhadap sumber hidupan dan bukan hidupan di blok-blok tersebut, jiran kita itu akan berkongsi hasil dari kawasan tersebut dengan Malaysia melalui satu Aturan Komersial.
"Namun, isu POA dengan Singapura masih belum selesai sepenuhnya dan Malaysia masih lagi menjalankan kajian bagi memuktamadkan opsyen penukaran tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar, tanah di Kranji dan Woodlands serta tiga bidang tanah tambahan di Bukit Timah (tanah 3+3) dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor," katanya….
Ulasan: Dulu, negara berperang untuk meluaskan pandangannya dan jajahannya. Kini, kebanyakan pemimpin politik hanya menjaga jajahan yang ada. Tapi kita satu demi satu kawasan negara di serahkan kepada negara lain tanpa sebutir peluru pun yang keluar dari senjata tentera. Mungkin elok kita tutup Kementerian Pertahanan.Dan wajibkan semua pelajar universiti menguasai undang-undang dan kemahiran negotiation.
No comments:
Post a Comment