Wednesday, July 21, 2010

4 universiti kekal status universiti penyelidikan negara

PUTRAJAYA 20 Julai - Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) boleh mengekalkan status sebagai universiti penyelidikan negara untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) berkata, keputusan pengekalan status itu berdasarkan hasil audit ke atas keempat-empat universiti itu terhadap pencapaian dalam tempoh tiga tahun lalu dari tahun 2007 hingga 2009. 

"Secara keseluruhannya keempat-empat universiti penyelidikan itu menunjukkan impak besar ke atas pencapaian bidang penyelidikan negara dan penghasilan modal insan.

"Pencapaian mereka turut merentasi empat aspek yang diukur iaitu modal insan, penerbitan, paten serta hak harta intelek (IPR) dan penjanaan pendapatan," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan majlis perhimpunan bulanan kementerian sekali gus melancarkan Buku Kajian Kes Bersepadu Program Perakaunan dan Kajian Hala Tuju Bidang Pengajian di sini hari ini…

Ulasan: Jangan sampai kemasukan pelajar kursus sarjana muda di kurangkan/di anaktirikan kerana kesemua universititersebut adalah universiti yang menggunakan wang rakyat dan di tubuhkan untuk mengeluarkan anak bangsa yang berpengetahuan.

No comments: