Wednesday, July 21, 2010

Sokong satukan Melayu tanpa berpihak mana-mana parti

PUTRAJAYA 20 Julai – Usaha Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria untuk menyatukan orang Melayu tanpa berpihak kepada mana-mana parti perlu disokong dan diberi keutamaan.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abdul Wahib berkata, dalam konteks itu adalah tidak adil sekiranya menuduh tokoh agama itu sebagai mencampuri urusan politik sedangkan beliau adalah mufti yang bertanggungjawab terhadap hal-hal berkaitan agama.

Tegasnya, kekuatan umat Islam kini bergantung kepada perpaduan orang Melayu supaya ia tidak dilihat lemah sehingga tidak mampu melaksanakan sebarang keputusan komprehensif.

‘‘Kenapa bukan Melayu boleh bersatu walaupun berbeza fahaman parti politik?

‘‘Dalam hal ini, saya yakin Melayu perlu bersatu dan semua pihak perlu mencari jalan penyelesaian bagaimana mahu Melayu menjadi kuat dan tidak berpecah sehingga boleh mengorbankan hak istimewa orang Melayu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini...

Ulasan: Tunggulah selepas UMNO/BN kalah  dalam PRU ini. Elok juga kekalahan mengajar politikus UMNO supaya berakhlak. Jangan termakan jerangkap samar yang dipasang sewaktu menghampiri PRU kini. Kalau UMNO/BN menang lagi, cerita menyatupadukan akan menghilang seperti dulu.

Bila PAS masuk perangkap....harganya terlalu mahal untuk melihat Islam di menangkan dalam negara in.

No comments: