SABAN hari, persada seni lakonan tanah air dilimpahi dengan penampilan wajah-wajah baru bagi merancakkan lagi industri hiburan tempatan.Tidak kira lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau remaja mahupun yang berusia, kesemua mereka hadir bagaikan cendawan selepas hujan.
Bukannya niat untuk mempertikaikan kehadiran mereka, malah diakui ia sedikit sebanyak mampu mengisi ruang kekosongan dalam industri seni di Malaysia yang ada kalanya dilihat ketandusan bakat.
Namun, lambakan artis baru yang mencipta populariti dalam masa yang singkat membuatkan sesetengah pihak yang iri hati mula menimbulkan spekulasi tidak elok kepada golongan tersebut.
Antara khabar angin yang tidak enak didengar, artis-artis baru terutamanya lelaki dikatakan mencari populariti segera dengan memberi cinta palsu kepada individu penting dalam dunia hiburan atau dalam bahasa pasarnya, 'anak ikan'….
Ulasan: Bila cinta dunia, maruah diri tiada lagi, kita hidup macam haiwan.
No comments:
Post a Comment