Friday, July 16, 2010

Pesara guru wakaf tanah untuk UMNO

ALOR SETAR 15 Julai – Kemurahan hati seorang ahli UMNO mewakafkan sebidang tanah miliknya kepada UMNO Bahagian Kuala Kedah menarik perhatian ramai pada mesyuarat perwakilan bahagian itu yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Abu Bakar Zainol Abidin, 66, yang menjadi ahli UMNO Bahagian Kuala Kedah sejak 1970-an bermurah hati mewakafkan tanah seluas 0.2 hektar untuk kegunaan UMNO Kuala Kedah.

Pesara guru agama itu berkata, hasrat mewakafkan tanah tersebut kepada UMNO telah lama tersimpan di dalam hatinya.

“Saya dah lama ingin berbuat demikian kerana UMNO telah banyak berjasa kepada saya dan keluarga.

“Tanah tersebut adalah tanah sawah di Kampung Tebengau di sini dan saya mahu tanah itu digunakan dengan sebaik mungkin untuk kebaikan bersama,” katanya ketika ditemui di sini hari ini…

Ulasan: UMNO yang telah lama berkuasa masih tidak mahukan memenangkan Islam. Eloklah tanya Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai wakag untuk parti asabiyah/kebangsaan. 

No comments: