Pihak berkuasa semalam mengesahkan, aktor ternama, Ernesto Rodriguez Larrese, 60, dan kekasihnya, Alejandro Vanelli, 61, yang hidup bersama sejak 34 tahun lalu akan menjadi pasangan pertama di bawah undang-undang baru itu.
Ketua Persekutuan Lesbian, Gay dan Pondan Argentina, Maria Rachid berkata, dianggarkan 100 pasangan mahu melangsungkan perkahwinan mereka pada tarikh itu setelah Parlimen meluluskan undian selepas perdebatan panas 15 jam.
Presiden Cristina Kirchner yang memimpin kerajaan berhaluan sederhana kiri juga menyokong undang-undang itu meskipun dibantah keras pihak gereja yang bimbang ia akan menghancurkan institusi keluarga negara Kristian Katholik itu. - Agensi
Ulasan: Allah kata haram kahwin sejenis. Undang manusia, yang semakin popular, kata boleh kahwin sejenis, macam pengikut Nabi Luth yg engkar.
Tidakkah manusia takut dengan azab Allah? Bukankah hidup kita pun bergantung kpdNya semata-mata?
Allah telah berfirman: Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah, dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi; yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim. (QS. Huud, 11:82-83).
Jgn SOMBONG dalam hidup ini sampai kita mengengkariNYa.
No comments:
Post a Comment