Tuesday, July 20, 2010

Pakistan terima bantuan RM1.65 bilion dari AS

ISLAMABAD 19 Julai - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Hillary Clinton hari ini mengumumkan bantuan bernilai AS$500 juta (RM1.65 bilion) kepada Pakistan bagi melaksanakan projek-projek baru, satu usaha Washington untuk mengurangkan rasa ragu-ragu rakyat dalam kempen bersama memenangi perang di negara jiran, Afghanistan.

Beliau berada di Islamabad selama dua hari sebagai sebahagian dialog strategik Pakistan, satu siri rundingan yang bertujuan mengukuh hubungan antara sekutu-sekutu dalam usaha menentang al-Qaeda dan Taliban…

Ulasan: Alangkah hinanya kita yang menerima bantuan kerana menentang al-Qaeda dan Taliban. Kita wajar sedar siapakah kawan dan lawan.

No comments: