Tuesday, July 27, 2010

Ketua Penjara Khmer Rouge dihukum penjara 30 tahun

Duch dihukum penjara 30 tahun

PHNOM PENH 26 Julai - Sebuah mahkamah jenayah perang Kemboja, tribunal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun ke atas bekas ketua penjara Khmer Rouge atas peranannya dalam kekejaman 'Padang Pembunuhan' semasa era rejim komunis itu pada akhir 1970-an.

Kaing Guek Eav yang lebih dikenali sebagai Duch , 67, ialah kader Khmer Rouge pertama yang didapati bersalah oleh tribunal antarabangsa berhubung kematian lebih dua juta penduduk negara ini akibat kebuluran, dikerah bekerja terlalu teruk dan hukuman mati di tangan rejim tersebut.

Lelaki itu memohon maaf semasa perbicaraannya di Phnom Penh kerana menyelia pembunuhan kira-kira 15,000 lelaki, wanita dan kanak-kanak di penjara Tuol Seng. 

Ulasan: Akhirnya, hidup penguasa yang menzalimi rakyat akan menderita.

No comments: