KOTA TINGGI 28 Julai - Seramai 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia dan seorang lelaki tempatan yang bertindak sebagai tekong ditahan dalam serbuan polis di Ladang Blok 10, Felda Kledang di sini pada Jumaat lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Muhammad Shamsuddin berkata, semua PATI itu ditahan kira-kira pukul 9 malam kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
Menurutnya, lelaki tempatan itu pula ditahan setelah cuba menyogok RM7,000 kepada anggota polis sebagai usaha untuk melepaskan PATI tersebut…
Ulasan: Bila semua kakitangan kerajaan tak makan rasuah, negara akan aman tenteram. Tahniah. Rasuah adalah haram.
No comments:
Post a Comment