TEL AVIV 13 Julai - Israel mengaku berlaku kesilapan di peringkat pegawai kanan ketika komando zionis menceroboh flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza, tetapi tindakan komandonya melepaskan tembakan ketika operasi masih dianggap wajar.
Siasatan dalaman yang dijalankan oleh pihak berkuasa negata itu mendapati: “Berlaku kesilapan di pelbagai peringkat dalam membuat keputusan, termasuk di peringkat pegawai kanan, yang menyumbang kepada berlakunya insiden itu tidak seperti yang kami harapkan.”
“Dalam siasatan itu kami dapati terdapat beberapa kesilapan profesional berhubung risikan dan proses membuat keputusan,” kata jeneral bersara, Giora Eiland kepada wartawan di Tel Aviv, ketika membentangkan hasil sisatan pihak tentera Israel itu, yang turut meneliti bagaimana maklumat mengenai operasi itu boleh terdedah.
Eiland dilantik mempengerusikan panel siasatan berhubung serangan itu dan memulakan tugasnya pada 7 Jun lalu, tepat seminggu selepas komando Israel melancarkan serangan ke atas kapal bantuan dari Turki yang membawa lebih 600 aktivis kemanusiaan.
Dalam serangan itu, sembilan warga Turki termasuk seorang warga Amerika ditembak mati dan ramai yang lain cedera termasuk sembilan komando Israel. – AFP
Ulasan: Tidak pelik bagi sebuah negara haram menjadi lanun di perairan antarabangsa dan membunuh 9 jiwa sukarelawan dan ramai yang cedera. Let's boycott Israel.
No comments:
Post a Comment