LONDON 18 Julai - Britain 'tidak perlu' mengemukakan cadangan pengharaman memakai burqa kepada wanita Islam walaupun langkah itu mendapat sokongan meluas masyarakat, kata Menteri Imigresen Damian Green.
Beliau memberitahu akhbar Sunday Telegraph bahawa pengharaman pakaian itu yang telah diluluskan di Perancis, yang disokong 67 peratus rakyat negara ini dalam satu tinjauan pendapat kelmarin, adalah satu tindakan 'bersifat bukan Britain untuk dilaksanakan'.
Seorang penggubal undang-undang Konservatif sebelum ini berkata, beliau enggan memenuhi kehendak pengundi-pengundi wanita yang memakai burqa dan telah mencadangkan satu undang-undang untuk mengharamkan pemakaiannya.
"Memberitahu orang apa yang boleh dipakai dan apa yang tidak boleh dipakai ketika mereka sedang berjalan adalah satu tindakan bukan Britain untuk dibuat.
"Kita adalah satu masyarakat bertolak-ansur dan saling menghormati antara satu sama lain," kata Green.
Menteri Imigresen itu bagaimanapun berkata, terdapat majlis tertentu di mana wajah seseorang perlu dilihat.
"Tetapi saya berpendapat tindakan itu tidak wajar dan dilihat sebagai 'sangat tidak menyenangkan' sekiranya Parlimen cuba dan meluluskan satu undang-undang yang menentukan apa yang perlu dipakai seseorang," katanya.
Tambah beliau, tidak seperti Perancis, Britain bukanlah sebuah negara 'yang cenderung kepada fahaman sekular'…
Ulasan: Tak perlu pun negara melarang pakaian itu. Kerana hukumnya dah ada dalam agama kita.
No comments:
Post a Comment