DILI 14 Julai - Timbalan Perdana Menteri Timor Leste, Mario Viegas Carrascalao hari ini menolak cadangan Australia supaya sebuah pusat pemprosesan pencari perlindungan didirikan di negara ini.
''Dili bukan 'boneka' mana-mana negara,'' tegas Carrascalao.
Menurutnya, Timor Leste menghadapi terlalu banyak masalah sendiri untuk dibebankan juga dengan masalah Australia.
Negara kecil yang mempunyai lebih sejuta penduduk ini masih bergantung kepada bantuan, lapan tahun selepas mendapat kemerdekaan daripada Indonesia.
"Timor Leste bukan tanah jajahan sebuah negara lain. Kami memiliki kedaulatan dan rakyat kami berhak untuk memutuskan sendiri apa yang mereka mahu.
"Kami tidak mahu diarah oleh negara lain. Kami sudah pun merdeka dan tidak akan menjadi boneka mana-mana negara lain," kata Carrascalao kepada AFP…
Ulasan: Terima kasih kerana saiz tidak bermakna apa-apa. Kebanyakan negara yang merdeka lupa bahawa mereka sebenarnya merdeka tapi sanggup menerima penjajah baru pula.
No comments:
Post a Comment