Thursday, July 22, 2010

Sepanyol tolak haram burqa

MADRID 21 Julai - Parlimen Sepanyol semalam menolak usul bagi mengharamkan kaum wanita di negara ini memakai penutup kepala yang hanya mendedahkan bahagian mata di tempat-tempat awam.

Bagaimanapun, kerajaan Sosialis menyatakan bahawa mereka akan membentangkan satu lagi usul bagi mengharamkan pemakaian burqa di dalam bangunan kerajaan berhubung isu agama, yang akan dibentangkan selepas cuti musim panas Parlimen.

Semasa Dewan Rendah membahaskan usul itu semalam, seramai 183 ahli Parlimen menentang usul pengharaman itu, manakala 162 yang lain menyokong, sementara dua lagi berkecuali.

Usul itu dikemukakan oleh parti pembangkang utama, Parti Popular (PP) yang menyifatkannya sebagai sokongan kepada hak asasi wanita. Parti Sosialis turut menentang pengharaman itu...

Ulasan: Berikan kebebasan untuk wanita Islam memilih pakaian mereka.

No comments: