Tuesday, July 20, 2010

"Suara" rakyat di Wilayah Selatan akan diambil kira: Abhisit

2010/07/20 BANGKOK: Perdana Menteri Thailand,Abhisit Vejjajiva berkata kerajaannya akan mengambil kira "suara" rakyat di wilayah selatan yang bermasalah, dalam undang-undang baru yang akan diluluskan Parlimen, tidak lama lagi. 

Beliau mengakui bahawa pendekatan seumpama itu adalah penting untuk memastikan isu yang telah lama berlarutan di tiga wilayah itu - Narathiwat, Yala dan Pattani - akan diselesaikan. 
 
"Dengan undang-undang baru yang akan diluluskan, kerajaan akan mendapatkan input terus daripada penduduk tempatan di wilayah selatan," katanya. 
 
Abhisit berkata demikian ketika bercakap kepada 14 wartawan dari negara-negara Asia yang menghadiri program media di sini (dari 18-24 Julai) di pejabatnya semalam. 

Lebih 3,500 orang terbunuh sejak kumpulan pemisah melancarkan semula gerakan bersejata pada Januari 2005 menuntut kemerdekaan untuk tiga wilayah yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam itu iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat.

Ulasan: Kerajaan Thai sewajarnya berlaku adil terhadap umat Islam. Kezaliman hanya akan kepada kekacauan.

No comments: