Tuesday, July 20, 2010

Hujan lebat ancam Three Gorges

BEIJING 19 Julai – Hujan lebat yang melanda beberapa bahagian di tengah China telah menyebabkan paras air di beberapa buah sungai dan tasik, termasuk sungai terpanjang di negara ini, Yangtze meningkat ke paras berbahaya.

Paras air yang naik di Sungai Yangtze turut mengancam empangan Three Gorges, yang merupakan projek hidro elektrik terbesar di dunia, yang siap sepenuhnya pada 2006, lapor akhbar China Daily, hari ini.

Paras air di Sungai Yangtze kini lebih tinggi berbanding paras air pada 1998 yang mengorbankan lebih 4,150 orang, manakala 18 juta penduduk lagi terpaksa dipindahkan ketika itu, lapor akhbar itu…

Ulasan: Semoga tidak ada kecuaian dalam pembinaannya. Biasanya kecuaian menyebabkan malapetaka berlaku. Allah tidak zalim tapi manusialah yang menzalimi diri mereka.

No comments: