Thursday, July 15, 2010

UMNO tidak lemah hingga perlukan kerjasama Pas - Najib

PUTRAJAYA 14 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO mempunyai kekuatan tersendiri dan parti itu bukan terlalu lemah sehingga terpaksa bekerjasama dengan Pas.

Perdana Menteri dan Presdien UMNO itu berkata, Pas harus menghormati UMNO sebagai parti yang memperjuangkan Islam, yang merupakan satu daripada teras perjuangan mereka selama ini.

Beliau berkata, tiada sesiapa yang harus meragui perjuangan UMNO dalam hal tersebut.

"Saya tidak mahu buat apa-apa kenyataan lagi sebab Timbalan Presiden UMNO (Tan Sri Muhyiddin Yassin) telahpun membuat kenyataan. Saya rasa cukuplah dengan kenyataan tersebut.

"Saya cuma nak nyatakan bahawa UMNO memang mempunyai kekuatan tersendiri dan bukan kerana kita ini terlalu lemah, kita terpaksa mencari kawan baru dengan Pas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan, penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang 2009 dan Penganugerahan Pembaharuan Pensijilan 5S Perbendaharaan Malaysia di sini….

Ulasan: Kekuatan UMNO ialah mengamalkan rasuah. Kelemahannya menteri-menteri termasuk PM tak mengisytiharkan diri bersih dari noda di mahkamah. 

No comments: