Ketua pertubuhan kebajikan Libya, Yayasan Gaddafi, Yussef Sawan mengesahkan kapal Amalthea telah meneruskan perjalanannya tetapi mengakui misi bantuan itu menghadapi kesukaran.
"Bot-bot tentera laut Israel cuba menyekat laluan dan memaksanya melencong dari haluan menuju ke pantai Gaza," kata beliau, dengan menambah kapal yang didaftarkan di Moldova itu 'kira-kira tiga jam perjalanan dari Gaza'.
Katanya, Israel memberi pilihan kepada mereka di dalam kapal itu, sama ada berpatah balik atau mengubah haluan ke pelabuhan El-Arish di Mesir.
"Jika tidak, tentera laut Israel mengancam untuk menggunakan kekerasan dan mengiringi kapal itu ke pelabuhan Ashdod di Israel," ujar beliau.
Israel sudah berikrar untuk mengusir atau merampas kapal tersebut yang dinamakan semula 'Harapan' oleh aktivis, dan tidak akan membenarkannya sampai ke Gaza.
Rejim Yahudi itu bagaimanapun tidak melupakan kemarahan masyarakat antarabangsa yang memuncak selepas komando Israel membunuh sembilan warga Turki semasa menggempur kapal bantuan ke Gaza, Mavi Marmara di perairan antarabangsa pada 31 Mei lalu.
Timbalan Menteri Luar Israel, Danny Ayalon ditanya di stesen Radio Israel sama ada lokasi kapal itu di perairan antarabangsa boleh menyebabkan tentera laut keberatan untuk melancarkan operasi bagi memintasnya.
"Saya tidak mahu mendedahkan butir-butir operasi tetapi tindakan itu (memintas) tentunya termasuk dalam pertimbangan," jawab beliau.
Kapal itu disewa oleh Yayasan Gaddafi yang dipengerusikan oleh Saif al-Islam Gaddafi, anak pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dengan tujuan membawa kargo 2,000 tan makanan dan ubat-ubatan ke Gaza. - AFP/Reuters
Ulasan: Bantuan kemanusiaan sangat diperlukan kerana tindakan negara penjajah, Israel. Mari kita menyumbang.
No comments:
Post a Comment