Tuesday, July 20, 2010

Jadikan Rasulullah ikon sepanjang zaman

SANDAKAN 19 Julai - Golongan belia Islam di negeri ini perlu menghindarkan diri daripada terikut dengan budaya negatif artis-artis Barat sebaliknya menjadikan Rasulullah sebagai ikon sepanjang zaman. 

Ketua Belia Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Abdul Hakim Gulam Hassan berkata, justeru itu perwatakan Rasulullah perlu diikuti setiap masa, tidak terhad ketika sambutan program keislaman semata-mata. 

"Dalam keadaan dan kedudukan manapun, Rasullullah menjadi contoh tertinggi dan suri teladan yang terbaik bagi manusia. 

"Dari sekalian perwatakan Rasulullah yang paling menonjol adalah dari segi akhlak Baginda yang tiada tandingan dan harus diikuti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian program Kembara Cinta Rasul 2010 di Sekolah Agama Rakyat Nurul Ehsan di sini hari ini…

Ulasan: Rasul SAW adalah contoh terbaik sepanjang zaman.

No comments: