Thursday, July 15, 2010

Curi pasir: Kenapa Muhyiddin, Hishammuddin diam??

harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Julai: Kerajaan Pusat dilihat enggan memberi kerjasama membanteras beberapa kes curi pasir di Selangor walaupun kerajaan negeri telahpun menyerah maklumat berwajib, semalam.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata demikian ekoran melihat kengganan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerima surat maklum balas daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Dah terima surat tentang siapa curi pasir, kroni pemimpin Umno bahagian mana yang terbabit, kenapa Muhyiddin dan Hishammuddin tak terima dan diam," soal beliau pagi tadi di lobi Parlimen.

Difahamkan, Khalid turut menyerah surat maklum balas yang sama kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar supaya membanteras sendikit curi pasir itu...

Ulasan: Bila TPM dan Menteri Dalam Negeri terkedu, eloklah letak jawatan. Rakyat mengharapkan menteri-menteri menggunakan kuasa yang ada untuk berlaku adil kepada rakyay bukannya kroni.

No comments: