Friday, July 16, 2010

Peniaga diberi amaran tidak naik harga barang, makanan

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi amaran keras kepada semua peniaga makanan, barangan dan perkhidmatan supaya tidak menaikkan harga berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan harga empat barangan keperluan, semalam. 

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK, Roslan Mahayuddin, berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap peniaga yang ditangkap berbuat demikian. 
 
Pegawai kami sudah diarahkan menjalankan pemeriksaan rapi di semua premis untuk memastikan tidak ada peniaga yang mengambil kesempatan berikutan pengumuman harga baru gula, minyak dan gas masak. 
 
Jika ada peniaga dikesan cuba menaikkan harga secara keterlaluan, tindakan mengikut Akta Kawalan Harga 1946 dan Akta Kawalan Bekalan 1961 boleh dikenakan, katanya ketika dihubungi di sini, semalam…

Ulasan: Kalau sudah kos asas naik, tak mungkin peniaga sanggup rugi atau kurang untung. Itu basic dalam perniagaan. Atau kerajaan boleh beri subsidi.

No comments: