Monday, July 26, 2010

Tiada tempat duduk: Ketua Menteri Pulau Pinang saman Utusan

Tiada tempat duduk: LGE saman Utusan 
Harakahdaily  

KUALA LUMPUR, 26 Julai: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa, isu tiada tempat duduk satu majlis tidak pernah berbangkit dan itu hanya kenyataan palsu Utusan Melaysia.

Ekoran itu, beliau telah melantik Ahli Parlimen Bukit Glugor dan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh untuk saman malu Utusan Malaysia (UM) atas lapuran palsu yang disiarkan oleh UM pada 23 Julai dan diulangi pada 24 Julai. 

Menurut Setiuasaha Agung DAP itu, UM dengan jahatnya menyatakan bahawa beliau marah dengan Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) Nik Ali Mat Yunus kerana mendakwa Nik Ali tidak menyediakan tempat duduk semasa Majlis Naik Taraf Perkhidmatan Bukit Bendera pada 20 Oktober 2009.

"Ini adalah satu kenyataan palsu dan pembohongan oleh UM. Perkara tidak dapat tempat duduk ini tidak dibangkitkan oleh saya semasa mengkritik Nik Ali minggu lepas," katanya.

Sebaliknya, kata Lim Guan Eng, ia dibangkitkan sendiri oleh Nik Ali semata-mata untuk mengalihkan perhatian orang ramai tentang kegagalan Nik Ali menjalankan tugas dengan cekap dan profesyenal dalam tiga isu berikut:-

1) Keengganan Nik Ali menghormati prinsip akauntabiliti dengan menjawab kehilangan RM150,000 daripada pembinaan pintu gerbang condong di Taman Kebun Bunga (Penang Botanical Garden) yang kemudiannya terpaksa dirobohkan.

2) Menjawab isu kecurian pasir di Politeknik Balik Pulau adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan kerana tapak tersebut merupakan tanah milikannya dan tiada tindakan pencegahan diambil sungguhpun kecurian bermula sejak tahun 2002.

3) Tidak menghormati kerajaan negeri dengan projek-projek Kerajaan Persekutuan dijalankan tanpa memohon kebenaran daripada Majlis Kerajaan Tempatan. Aduan awam tentang impak negatif kerja pembinaan tidak diambil peduli langsung.

"Oleh kerana kegagalan menangani ketiga isu, saya terpaksa membongkarkan sikap Nik Ali sebagai “Little Napoleon”," katanya.

Sehubungan itu, Lim Guan Rng kesal apabila Tan Sri Ketua Setiausaha Negara bersedia untuk menyokong Nik Ali menggunakan perkataan kesat seperti ’biadap’ dan ’dayus’ terhadap Ketua Menteri dalam sidang akhbar yang dianjurkan ADUN-ADUN UMNO.

"Sebelum ini saya telah cuba membuat temujanji dengan Tan Sri KSN di pejabatnya di Putra Jaya, malangnya Tan Sri KSN telah membatalkannya pada saat terakhir sungguhpun saya sudah berada di Kuala Lumpur. Tan Sri KSN tidak memberikan sebab pembatalannya pada saat terakhir atau menetapkan tarikh baru untuk berjumpa.

"Jelas sekali Tan Sri KSN telah makan fitnah Nik Ali bahawa saya marah Nik Ali kerana tidak diberikan tempat duduk sungguhpun ia tidak dibangkitkan oleh saya," katanya...

Ulasan: Sebagai akhbar terkemuka eloklah bersopan dalam melaporkan berita. 

No comments: