Tuesday, July 27, 2010

Jangan terpedaya dakyah pembangkang

KUALA LIPIS 26 Julai - Masyarakat Orang Asli di negeri ini diingatkan tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang sentiasa mengambil kesempatan memburukkan kerajaan dengan pelbagai tohmahan.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob menegaskan, pembangkang kini berusaha meracuni pemikiran masyarakat Orang Asli dengan menaburkan pelbagai bentuk fitnah terhadap kerajaan.

"Sejak akhir-akhir ini, mereka (pembangkang) sering masuk ke penempatan Orang Asli untuk meracuni pemikiran kaum minoriti itu.

"Oleh itu, saya berharap masyarakat Orang Asli tidak mudah terpedaya sebaliknya berikan tumpuan untuk meneruskan kehidupan seperti memberi pendidikan kepada anak-anak dengan secukupnya," katanya.

Beliau berucap pada majlis pelancaran program penghayatan 1Malaysia masyarakat Orang Asli Pahang di Sekolah Kebangsaan (SK) Betau di Pos Betau, dekat sini kelmarin…

Ulasan: Biarkanlah rakyat mendengar kedua-dua pihak iaitu kerajaan BN dan pembangkang supaya mereka mengambil yang elok-elok sahaja.  Kalau benar pembangkang menyebarkan maklumat palsu maka eloklah di hadapan di mahkamah.

No comments: